Sunday 10 June 2012

-memories 6a1-


Badan Perundangan



BADAN PERUNDANGAN PERSEKUTUAN PARLIMEN


 Pengenalan

- badan perundangan persekutuan ialah parlimen
- parlimen merupakan badan yg berkuasa untuk gubal dan lulus u negara
- komponen parlimen – YDA , Dewan Rakyat dan Dewan Negara


 keistimewaan parlimen

- apa-apa prosiding dalam parlimen tidak boleh dipersoalkan dalam mahkamah
- ahli p tidak boleh didakwa di mahkamah atas apa-apa yg dikatakan dan pengundian yg
  dibuatnya dalam parlimen
-ahli parlimen tidak boleh mempersoalkan perkara sensitif di bawah akta hasutan iaitu hak
  istimewa orang Melayu / kewarganegaraan / bahasa kebangsaan / kedaulatan raja-raja
  Melayu


 YDA

- sebahagian drpd parlimen
- tidak mengambil bahagian dalam persidangan DR atau DN
- bertitah dalam pembukaan rasmi penggal parlimen
- memanggil persidangan parlimen / menangguhkan penggal p mengikut perlembagaan
- membubabarkan parlimen
- memperkenankan – akta baru / pindaan akta lama / pindaan perlembagaan / rang u-u
  kewangan

 
 Dewan rakyat

- keanggotaan – 222 ahli yg dipili melalui pr umum / dipanggil ahli parlimen / boleh terdiri
  daripada anggota sesebuah parti atau bebas
- hanya ahli sahaja yg boleh menjadi PM
- bidang kuasa
- membahaskan hal dan masalah rakyat
- menyemak dan membahas dasar kerajaan
- menggubal dan meluluskan undang-undang persekutuan
- mempunyai kuasa pemutus dalam rang u kewangan
- speaker
- boleh merupakan ahli DR / bukan ahli
- dipilih oleh DR / diperkenankan oleh YDA
- dibantu oleh 2 orang timbalan
- tugas – pengerusi persidangan / menjaga tatatertib anggota / kenakan tindakan disiplin
  kepada ahli tak berdisiplin / jurucakap DR / memaklumkan kekosongan kerusi kepada SPR
- setiausaha
- dilantik oleh YDA atas nasihat PM
- menguruskan pentadbiran DR/ menyediakan penyata rasmi DR @ hansard
- beliau hanya boleh dipecat oleh YDA melalui tribunal
- cukup korum – 26


DEWAN NEGARA
                       
- mengandungi 70 ahli
- ahli – dipilih/ lantik
- ahli dipanggil senator
- DUN setiap negeri akan memilih 2 ahli DUN untuk jadi senator – jumlah 26 orang
- YDA lantik 2 orang bagi WP KL , 1 WP Labuah .1 WP Putrajaya dan 40 orang drpd
   seluruh negara ( mengikut nasihat PM – 44 orang )
- Senator lantikan YDA biasanya – banyak berjasa / cemerlang dalam perkhidmatan awam
   /wakil bidang profesional / wakili kaum minoriti
- Berumur lebih 30 tahun
- Tempoh perkhidmatan – 3 tahun / maksimum 2 penggal @ 6 tahun
- Bidang kuasa – bahas hal rakyat / bincang dasar kerajaan / bahas , tangguh rang undang
  undang , pindaan akta atau pindaan perlembagaan
- Speaker – lantikan / kuasa/ bidang tugas sama dengan speaker DR

Ketua pentadbiran parlimen

- jawatan baru diwujudkan oleh kabinet pada tahun 2005
- tugas – meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan dan menerima arahan
  kabinet membabitkan urusan parlimen secara terus
- ketua pentdbiran dilantik oleh YDA atas nasihat PM




saraan ahli parlimen – kumpulan wang yg disatukan

-hilang kelayakan sebagai ahli DR dan DN
-didapati tidak sempurna akal
-bankrap/ belum dilepaskan
-tak hantar penyata perbelanjaan pilihan raya
-memegang jawatan berpendapatan
-disabitkan dengan kesalahan – penjara lebih satu tahun / denda lebih RM 2000
-sengaja mendapat kewarganegaraan asing

pembubaran parlimen

- jangka hayat parlimen ialah 5 tahun
- dikira dari tarikh persidangan pertama
- boleh dibubarkan lebih awal oleh YDA atas nasihat PM
- kalau parlimen bubar DR bubar , DN terus berfungsi
- hendaklah dibuat pr – dalam masa 60 hari
- persidangan parlimen seterusnya mesti dibuat dalam masa 120 hari pembubarannya



PERSIDANGAN PARLIMEN

- Agenda awal persdiangan parlimen ialah
i.rancang takwim bagi DR
ii.pembahagian tempoh / 5 penggal – setiap penggal 1 tahun
iii.dalam setiap penggal ada 2 atau 3 kali persidangan
iv.jarak masa antara dua persidangan tidak boleh melebihi enam bulan atau 180 hari
v.melantik speaker
viangkat sumpah
vii.lantik ketua pembangkang
viii.titah ucapan diraja
ix.ucapan terima kasih
x.persidangan bermula
-

 fungsi parlimen

- menggubal dan meluluskan u persekutuan
- pinda u persekutuan sedia ada / u persekutuan
- semak dan bahas dasar kerajaan
- luluskan perbelanjaan kerajaan dan hasil cukai baru
- forum kritikan dan fokus pendapat awam tentang perkara nasional

 jawatankuasa parlimen

- penubuhan 5 jk – pemilihan / peraturan tetap / dewan / hak ahli dan akaun awam
- kesemua jk ada dalam DR , di DN ada 4 sahaja kecuali jk akaun awam
- kalau ada keperluan diwujudkan jk adhoc/sementara di kedua-dua dewan



jenis undang-undang di parlimen

1. Rang undang awam / kerajaan
   - melibatkan keseluruhan u yg berhubung dengan dasar awam , negara dan rakyat
  - dibentangkan oleh menteri yg mewakili pihak kerajaan
2. Rang undang persendirian
   - melibatkan orang atau kumpulan orang , pertubuhan , perasatuan atau perbadanan tertentu
    sahaja
  - bercorak tempatan atau persendirian
3. Rang undang ahli persendirian
   - dibentangkan oleh ahli DR selain menteri atau timbalan menteri
   - boleh meliputi seluruh negara atau pihak tertentu sahaja
4. Rang undang hibrid
   -u campuran yg dibentangkan oleh menteri/ ahli DR yg menyentuh kepentingan tertentu





prosedur penggubalan undang-undang dalam parlimen

1 Rang undang-undang didraf oleh menteri
2 Rang undang-undang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara
3 Kelulusan kabinet
4 Bacaan pertama - Peringkat ini merupakan satu formality
   Menteri yg berkenaan atau speaker atau pembentang r u membaca tajuk sahaja
   Tiada sebarang perbahasan tentang r u itu pada peringkat ini
5 Bacaan kedua - Peringkat paling penting
   R u dibahaskan dengan mendalam dan menyeluruh dalam DR dan DN
   Menteri yg bertanggungjawab perlu menjawab pertanyaan berkaitan dengan r u itu
   Undian – tolak / terima dibuat di DR
   Setuju – diserahkan kepada jawatankuasa
6 Peringkat jawatankuasa Ada jawatankuasa khas
   R u dibahaskan dengan lebih terperinci
   Jk berhak mengubahsuai / meminda
7 Bacaan ketiga Dibahaskan di DR jika perlu
   Undian dibuat untuk kelulusan
8 R u diperkenan oleh YDA R u dipersembahkan kepada YDA
   YDA mesti memperkenan r u dalam masa 30 hari
9 R u dimasukkan dalam warta kerajaan Diwartakan dalam warta kerajaan
   Ia dicetak lalu dimasukkan dalam warta kerajaan
   Boleh dikuatkasakan kerana telah menjadi u
   Satu salinan dipaparkan di parlimen




PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN(4 kaedah)

Kaedah 1
- sokongan majoriti 2/3 ahli majlis parlimen dan perkenan MRR
- isu – kedudukan istimewa orang Melayu / bumiputera Sabah dan Sarawak
- kepentingan sah kaum lain
- hak dan kedaulatan raja
- tugas dan kuasa MRR
- hal ehwal Islam
- kedudukan bahasa kebangsaan
- kewarganegaraan
- keistimewaan parlimen
- pengubahan sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia

 Kaedah 2
- sokongan majoriti 2/3 di majlis parlimen dan persetujuan YD ng Sabah dan sarawak
- isu – hak warga S & S untuk menjadi warganegara Malaysia
- pelantikan hakim dan kuasa Mahkamah Tinggi
- soal agama , bahasa dan keistimewaan bumiputera
- kuasa perundangan negeri di negeri ini
- hak kesamarataan penduduk di negeri ini

Kaedah 3
- sokongan majoriti mudah ahli majlis parlimen
- bentuk sumpah dan ikrar
- pemilihan dan persaraan ahli DN
- peruntukan tambahan kewarganegaraan
- persempadanan kawasan pr
- perkara dalam senarai persekutuan , senarai bersama dan senarai perundangan
- perkara dalam senarai negeri dalam senarai perundangan terutama yg melibatkan
  pelaksanaan triti , perjanjian atau konvensyen dan menyamakan u antara negeri

Kaedah 4
- sokongan majoriti 2/3 ahli majlis parlimen bagi hal yang tak disebut dalam mana-mana tiga
   kaedah pindaan di atas




 BADAN Perundangan Negeri ( Dewan Undangan Negeri )

Pengenalan
- terdapat 13 DUN di negara ini ( tiada – WP )
- ada 2 komponen iaitu sultan dan DUN

fungsi raja/sultan/ YTB
- tidak mengambil bahagian dalam persidangan
- rasmi/ beri titah ketika pembukaan rasmi penggal
- panggil persidangan
- tangguh persidangan
- perkenankan rang u negeri
- bubar DUN


DUN
- badan perundangan peringkat negeri
- ahli DUN dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
- ada kuasa dalam senarai negeri dan senarai bersama
- bahas dan luluskan belanjawan negeri
- apa-apa prosiding dalam DUN tak boleh dibawa ke mahkamah

kelayakan calon DUN
- warganegara
- bermastautin di negeri berkenaan
- berumur 21 tahun atau lebih
- sempurna akal
- tak bankrap
- tak pernah dipenjara lebihsatu tahun/ lepas 5 tahun tamat hukuman
- tak didenda lenbih RM 2000
- tak pegang jawatan berpendapatan


hilang kelayakan – sama dengan DR
fungsi – sama dengan DR – peringkat negeri
pelantikan speaker – sama

prosedur penggubalan undang-undang

pindaan perlembagaan negeri – sama dengan DR

- perkara yg tak boleh dipinda oleh DUN
   *warisan tahta kerajaan
   *kedudukan penmbesar istana
   *para pembesar adat Melayu
   *cara pelantikan dan sifat waris tahta , permaisuri dan pemangku raja
   *pemecatan , penarikan diri dan penurunan tahta atau waris
   *pengurniaan / pelucutan pangkat , gelaran kehormatan , bintang kebesaran

Wednesday 18 April 2012

Tenaga Biomas


Tenaga biomass merupakan salah satu sumber tenaga yang tertua di dunia.  Tenaga biomass ini mudah diperoleh kerana merupakan sumber tenaga yang bergantung sepenuhnya dengan alam sekitar.  Tenaga biomass ini juga dikenali dengan nama tenaga biojisim ataupun tenaga biogas.  Pada masa dahulu masyarakat menggunakan tenaga biomass dengan mengambil kayu-kayan sebagai bahan bakar utama untuk mendapatkan tenaga.  Namun kini ekoran daripada aktiviti pertanian yang giat dijalankan hasil hampas daripada sisa pertanian ini boleh digunakan sebagai sumber tenaga biomass.  Contohnya negara Brazil banyak menggunakan hampas daripada tebu untuk menghasilkan  tenaga elektrik daripada sumber biomass ini.
 Sumber tenaga biomas ini diperolehi dengan terus daripada hasil pembakaran bahan bakar berkenaan yang boleh menghasilkan tenaga elektrik secara terus.  Hasil daripada pembakaran ini akan mengeluarkan gas metana yang akan diproses untuk menghasilkan tenaga elektrik.  Bagi kebanyakan negara-negara sedang membangun tenaga alternatif ini banyak digunapakai bagi proses pemanasan air dan udara.
Contohnya Negara India dan Brazil merupakan dua buah negara sedang membangun yang banyak menggunakan tenaga biomass.  Negara India banyak menghasilkan sisa buangan tumbuhan iaitu kira-kira sebanyak 1,000 juta tone bahan buangan tumbuhan dan kira-kira sebanyak 300 sehingga 400 juta tone bahan kubahan haiwan yang boleh diperolehi setiap tahun.  Jika keseluruhan bahan ini digunapakai India berupaya memproses hampir 50% keperluan tenaga elektrik bagi kawasan luar bandar di negara berkenaan (Jauhri P. K, 2005).
Tenaga alternatif biomass ini juga boleh dimajukan di negara kita.  Hal ini adalah kerana, negara kita mempunyai industri kelapa sawit Malaysia yang banyak menghasilkan hampas-hampas kelapa sawit yang boleh di prosese untuk menghasilkan tenaga elektrik.  Namun demikain, sambutan terhadap tenaga alternatif bioamas ini kurang mendapat perhatian dan tidak dimajukan oleh pihak pemerintah negara.  Malaysia bergantung sepenuhnya terhadap tenaga hidro untuk membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk negara ini.

Monday 16 April 2012

R&D Kepuasan Pelanggan Terhadap Kantin



PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan izin-Nya kajian kami yang bertajuk Kepuasan Pelanggan Terhadap Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting pada tahun 2012 telah berjaya disiapkan.
Kami ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Pertama sekali,kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mentor kami iaitu Encik Ibrahim Bin Shoib. Beliau telah banyak menghulurkan bantuan kepada kami dalam menjayakan kajian kami. Beliau tidak putus-putus memberi cadangan dan idea untuk kajian ini.Seterusnya, terima kasih diucapkan kepada ibu bapa kami yang banyak membantu kami dari segi kewangan. Tanpa bantuan mereka, agak sukar untuk kami melakukan kajian ini.
      Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak lain yang sudi membantu dalam menjayakan kajian ini. Antaranya ialah Noor Asmiza Binti Zulkehli dan Jamilah Binti Hanifah kerana beliau banyak menyumbangkan idea kepada kami dalam kajian ini. Jasa beliau amat kami hargai.
Akhir kata, terima kasih juga untuk semua ahli yang terlibat dalam menjayakan kajian ini.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan menyumbangkan tenaga semasa kajian ini dijalankan.
  
BAB I
PENGENALAN
1.0    Latar belakang kajian
Kantin ialah kawasan untuk orang awam menikmati juadah. Setiap sekolah mempunyai kantin mereka yang tersendiri. Kantin memainkan peranan yang penting kerana ia merupakan tempat untuk kita menjamu selera. Seperti yang kita tahu, sesetengah kantin tidak akan memberi kepuasan kepada pelanggan. Oleh itu,kami telah mengambil keputusan untuk melakukan kajian terhadap kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK).
Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, kami mendapati bahawa ramai pelajar, guru dan kakitangan sekolah tersebut tidak berpuas hati terhadap kantin SMKK. Kami mendapati banyak aduan yang dilakukan terhadap kantin tersebut. Hal ini kerana, terdapat banyak kekangan yang timbul di kantin tersebut.
   Kami mendapati bahawa bilangan pekerja kantin adalah sebanyak 13 orang. Bilangan pekerja lelaki ialah 6 orang manakala bilangan pekerja perempuan ialah sebanyak 7 orang. Melalui kaedah pemerhatian, kami menganggarkan umur pekerja kantin adalah di antara 18-45 tahun. Justeru itu, semua pekerja kantin juga telah menerima suntikan daripada Kementerian Kesihatan sebelum memulakan perniagaan.
    Melalui kajian ini juga, kami mendapati bahawa bahan mentah diambil daripada pemborong. Berdasarkan kajian, antara menu makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin ialah nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, bihun sup, roti, dan makanan ringan.Air minuman juga turut disediakan. 

2.0    Pernyataan masalah
2.1 Harga makanan mahal
Dalam sesebuah perniagaan,terdapat pelbagai masalah yang akan timbul. Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, masalah yang wujud ialah harga makanan yang dijual oleh pengusaha kantin agak mahal.Harga makanan yang mahal merupakan masalah yang serius kepada pelajar.Hal ini kerana tidak semua pelajar mampu menmbeli makanan yang tinggi harganya.Contohnya, pelajar yang kurang berkemampuan tidak dapat membeli makanan yang disediakan.Pengusaha kantin seharusnya memikirkan situasi pelajar terutamanya dari segi kewangan.
2.2 Kuantiti makanan sedikit
Kekangan lain yang timbul ialah kuantiti makanan yang disediakan amat sedikit. Kuantiti makanan yang disediakan tidak setimpal dengan harga yang dijual.Contohnya, harga sepinggan nasi lemak yang dijual ialah RM1.50 tnetapi kuantiti makanan yang disajikan tidak memadai. Hal ini boleh menjadikan pelanggan tidak kenyang dan akan membeli lebih banyak makanan. Juseru itu, mereka akan menambahkan perbelanjaan.
2.3 Makanan tidak enak
Seterusnya, masalah yang timbul ialah makanan yang disajikan tidak sedap. Terdapat banyak aduan daripada pelajar,guru dan kakitangan sekolah bahawa kadangkala makanan yang disediakan tidak memenuhi citarasa mereka. Contohnya,sambal nasi lemak tidak dimasak dengan sempurna seperti cabai tidak dikisar halus.
2.4 Makanan ringan yang membahayakan kesihatan
Selain itu, makanan ringan seperti nugget, kentang goreng, sosej dan sebagainya digoreng dengan minyak yang berlebihan.Seperti yang kita ketahui, makanan yang mengandungi minyak yang berlebihan boleh memberi impak yang buruk kepada diri.Buktinya, kolestrol individu boleh meningkat secara mendadak.Contohnya, makanan yang digoreng dan mengandungi minyak yang berlebihan di kantin sekolah SMKK boleh mengundang penyakit kepada pelajar, guru, dan kakitangan sekolah yang membeli.

        2.5 Layanan kurang mesra
       Masalah lain yang wujud ialah layanan yang diberikan oleh pengusaha kantin adalah tidak memuaskan. Semasa pelanggan membeli makanan di kantin, pekerja kantin langsung tidak mesra dengan pelanggan.Mereka juga tidak memberikan senyuman dan ucapan terima kasih kepada pelanggan yang membeli.
3.0    Tujuan kajian
     3.1 Untuk mendapat maklum balas
 Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendapat maklum balas daripada pelanggan kantin SMKK iaitu pelajar, guru, dan kakitangan sekolah.Kajian ini juga dapat menyuarakan sedikit sebanyak pendapat daripada kalangan pelajar.Di samping itu, dapat mengetahui citarasa pelanggan terhadap menu makanan yang disediakan. Berdasarkan maklumat yang kami dapati ada ketidapuasan pelajar mengenai menu yang disediakan  oleh pengusaha kantin. Oleh itu, kami cuba untuk menyelidik dengan lebih lanjut.
      3.2 Untuk mengetahui layanan pekerja kantin
Seterusnya, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui layanan pekerja kantin terhadap pelanggan.Layanan mesra daripada pekerja kantin amat penting untuk pelanggan kerana mempunyai sikap yang mesra bukan sahaja dapat menarik hati pelanggan malah mereka lebih merasa dihargai.Sebagai contoh, seseorang pekerja itu haruslah sentiasa senyum dengan pelanggannya.
       3.3 Mengkaji harga makanan
Harga makanan juga merupakan tujuan kajian ini dijalankan.Kami dapati ada segelintir pelajar menyatakan harga makanan di kantin agak mahal jika hendak dibandingkan pada tahun sebelumnya. Contohnya,  harga sepinggan nasi goreng pada tahun 2012 ialah RM1.50 manakala pada tahun 2011 harganya ialah RM1.20. Disini kita boleh melihat berlakunya kenaikan harga makanan.Seperti yang kita tahu harga memainkan peranan penting kerana ketidakseimbangan harga boleh mencetuskan sesuatu perniagaan itu menjadi muflis.

4.0    Kepentingan kajian
Kajian ini boleh menyumbang kepada pelanggan kantin SMKK dalam memberi keselesaan diri.Keselesaan merupakan aspek penting bagi seseorang dalam kehidupan mereka. Tanpa persekitaran yang menarik, ia akan membuatkan pelanggan kurang selesa untuk menjamu selera. Pengusaha kantin seharusnya meletakkan info-info ilmiah di sudut kantin sekolah bagi menceriakan suasana kantin.Contohnya, bahan-bahan ilmiah ditampal di atas meja makan kantin.
Berdasarkan kajian, memberi layanan mesra dan terbaik kepada pelanggan adalah amat penting. Hal ini kerana, layanan mesra yang diberi oleh pekerja kantin akan mewujudkan hubungan baik dengan pelanggan. Contohnya, semasa menjual makanan di kantin, pekerja yang bertugas seharusnya memberi senyuman kepada pelanggan.
Pengusaha kantin juga perlu menyediakan makanan yang sesuai. Makanan sememangnya penting untuk manusia kerana ia adalah keperluan hidup. Oleh itu, pengusaha kantin perlu menyedikan makanan yang baik untuk pelanggan. Makanan yang mengandungi minyak yang berlebihan seharusnya dielakkan kerana ia akan mengundang bahaya kepada individu.
Berdasarkan kajian, pengusaha kantin perlu memberi harga yang berpatutan kepada pelanggan terutamanya pelajar.Hal ini kerana tidak semua pelajar mampu membeli makanan dengan harga yang mahal.Pengusaha kantin seharusnya memikirkan situasi pelajar dari aspek kewangan.Contohnya, harga sebungkus kentang goreng ialah RM1.00 tetapi kuantitinya adalah sedikit. Sememangnya ia tidak memadai dan hanya membebankan pelanggan.
Kajian ini juga dijalankan untuk memenuhi citarasa pelanggan.Citarasa pelanggan sememangnya penting untuk pengusaha kantin. Hal ini kerana ia akan meningkatkan pendapatan pengusaha kantin tersebut. Pengusaha kantin perlu tahu citarasa pelanggan agar perniagaan yang dijalankan berkembang maju.Contohnya, mengetahui keperluan dan kehendak pelanggan.

BAB II
KAJIAN LEPAS
Melalui pemerhatian , kami telah membandingkan pengusaha kantin dahulu dengan pengusaha kantin sekarang daripada pelbagai aspek. Terdapat banyak perbezaan di antara dua pihak  tersebut. Pelbagai aspek positif dan negatif dapat dilihat melalui kajian yang kami jalankan

1.0  ASPEK /PENILAIAN
      1.1  Persekitaran 
Persekitaran yang baik dan menarik amat penting dalam kehidupan kita. Hal ini kerana ia                     akan mempengaruhi keadaan di sekeliling kita. Sebagai contoh, pengusaha kantin dahulu telah mengabaikan aspek ini sehingga menjejaskan imej kredibitili beliau dalam menyediakan makanan terhadap pelanggan yang terdiri daripada guru, pelajar dan kakitangan sekolah serta orang luar yang datang membeli makanan. Disamping itu, susunan kerusi dan meja makan yang tidak teratur serta tidak sistematik telah menyebabkan persekitaran kelihatan tidak kemas. Hal ini akan menjadikan pelajar tidak berasa selesa untuk menjamu selera. Permukaan meja yang kotor dan  tidak dilapik menyebabkan persekitaran kelihatan kusam serta tidak menarik perhatian pelanggan.
      1.2  Kebersihan
Kebersihan merupakan aspek yang paling utama dalam sesebuah perniagaan yang dijalankan. Oleh itu, pengusaha kantin perlu mementingkan kebersihan kantin. Selain itu, persekitaran yang kotor akan memberi kesan dan masalah seperti keracunan makanan. Oleh hal yang demikian, aspek ini perlu dijaga dan dititikberatkan oleh pengusaha kantin agar dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Berdasarkan kajian, pengusaha kantin terdahulu telah mengabaikan aspek ini. Contohnya, para pekerja memakai pakaian yang kurang kemas. Justeru itu, pelanggan mudah menghadapi penyakit berjangkit yang boleh dijangkiti seperti penyakit kuku,mulut dan tangan.

      1.3  Pekerja
Berdasarkan kajian, pekerja terdahulu majoritinya terdiri daripada golongan warga emas. Hal ini menimbulkan masalah apabila pekerja menjadi lambat dalam melakukan kerja. . Disebabkan itu juga, masa yang diambil oleh pekerja kantin yang terlalu lama dalam melayan karenah pelanggannya sehingga menyebabkan ketidakpuasan hati para pelanggan. Contohnya, terdapat kes tolak menolak dalam membeli makanan dan seterusnya mencetuskan pergaduhan sesama mereka. Perkara ini sering berlaku di kalangan pelajar. Oleh itu,  pertumpahan makanan yang dibeli oleh pelanggan di kantin turut berlaku.
      1.4 Harga makanan
Makanan yang dijual seharusnya mampu dibeli oleh pelanggan tidak kira dari golongan yang berada ataupun tidak. Harga yang ditawarkan juga perlulah berpatutan dengan kehendak pelanggan yang rata-ratanya terdiri daripada para pelajar yang ditanggung oleh ibu bapa. Bagaimanapun, harga makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin terdahulu amat berpatutan. Menurut kajian yang dijalankan, tiada kekangan yang wujud dari segi harga makanan. Contohnya, harga sepinggan nasi lemak hanya RM1.20. Oleh itu, ramai pelanggan yang berpuas hati.
      1.5 Bahan mentah
Penggunaan bahan mentah yang bermutu dan segar akan menjamin kualiti makanan yang disediakan. Asas ini penting dalam penyediaan makanan untuk para pelanggan. Namun, bahan yang digunakan mungkin kurang elok dan lama tetapi masih digunakan dalam masakan walaupun telah tamat tempoh. Berdasarkan kajian, pengusaha kantin terdahulu mengambil bahan mentah yang bermutu dan segar. Walau bagaimanapun, pembekal bagi bahan mentah tersebut ialah berbangsa Cina. Hal ini menimbulkan rasa was-was bagi pelanggan yang beragama Islam.


BAB III

METODOLOGI

1.0  SKOP KAJIAN

Kajian ini melibatkan seramai 20 orang responden yang merangkumi pelajar tingkatan 4, 5 , dan 6, guru serta kakitangan sekolah. Kami hanya melakukan kajian di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak dapat memberi gambaran di sekolah lain. Fokus utama kajian kami adalah kepuasan pelanggan terhadap kantin SMKK.


2.0  KEPENTINGAN KAJIAN
2.1 Memantau pengurusan kantin.
Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah memantau pengurusan kantin agarpara pelajar berpuas hati dari segi semua aspek pengurusan serta pengendalian makanan di kantin sekolah. Kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan perlu ditingkatkan agar para pelajar dan kesemua kakitangan pekerja dapat memperoleh makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan mereka.
2.2 Harga yang berpatutan
Harga yang ditetapkan juga perlulah berpatutan serta mengikut harga yang telah ditetapkan. Jawatankuasa kantin yang terdiri daripada guru-guru bertanggungjawab memastikan pihak pengurusan kantin menguruskan kantin dengan betul serta merancang strategi untuk meningkatkan taraf perkhidmatan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, pihak kantin juga harus meletakkan harga mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, untuk pelajar perlu meletakkan harga yang yang sesuai mengikut kemampuan mereka.
2.3  Kebersihan kantin terjamin
Kebersihan kantin dan pengendalian makanan secara keseluruhan terjamin. Pekerja kantin memastikan makanan yang di jual tidak dihinggapi oleh lalat
     atau sebarang makanan yang di jual adalah bukan makanan yang lama. Selain itu, mereka juga memastikan pinggan, mangkuk, cawan, garpu dan sudu dalam keadaan bersih tanpa sebarang karat atau kekotoran pada alat makanan tersebut. Selain itu,memastikan bahawa kerusi dan meja di kantin berada dalam keadaan yang bersih tanpa sebarang kekotoran seperti tumphan air atau sambal makanan di atas meja dan kerusi kantin.
2.4 Mendisiplinkan pelajar
     Selain itu, pihak sekolah harus mendisiplinkan diri pelajar tentang tatacara ketika berurusan di kantin agar para pelajar mematuhi peraturan di kantin. Pihak pengurusan kantin perlulah memberi kerjasama kepada pihak sekolah agar mematuhi semua peraturan yang telah digariskan. Sebagai contoh, pelajar harus beratur sebelum membeli makanan dan minuman di kantin dan perlu meletakkan pinggan atau mangkuk serta cawan ke dalam besen selepas makanan.
2.5 Imej sekolah terjamin
Pengusaha juga perlulah menjaga nama  baik sekolah dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk semua pihak. Selain itu, pengusaha kantin haruslah sentiasa berbincang dengan pihak pentadbir bagi memuaskan hati semua pihak. Sebagai contoh, mempelbagaikan menu untuk semua pihak, menyediakan tong sampah yang lebih banyak supaya pelajar dapat menyelesakan diri mereka untuk membuang sampah dengan jarak yang dekat, malah keadan kantin lebih bersih.

3.0  ALAT KAJIAN

3.1 Pengenalan
Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik bagi menjawab untuk mengetahui respond daripada pelanggan. Respondennya terdiri daripada pelajar tingkatan 4, 5, dan 6, guru serta kakitangan sekolah. Seramai 20 sampel telah diambil bagi mendapatkan data yang diperlukan bagi menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Jumlah sampel yang dipilih merangkumi 100 peratus iaitu keseluruhan responden melalui pelajar, guru dan kakitangan sekolah  menghantar semula borang soal selidik yang telah diedarkan. Antarasampel yang digunakan adalah seramai  (40%) bagi pelajar manakala (30%) adalah guru dan selebihnya untuk kakitangan sekolah iaitu(30%). Instrument kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian satu terdiri daripada soalan berkaitan latar belakang sampel yang digunakan iaitu status, jantina dan pelajar di tingkatan (4,5,6), guru dan pekerja di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.
3.2 Bahagian pertama (harga yang berpatutan)
      Berdasarkan harga makanan, hanya 5 orang sahaja yang bersetuju untuk dikekalkan. Selebihnya iaitu seramai 15 orang tidak berpuas hati terhadap harga yang diberikan. Hal ini disebabkan oleh kuantiti bahan mentah yang dibeli oleh pihak kantin daripada pembekal pada masa ini adalah mahal dan tidak berpatutan berbanding tahun lepas.
3.3 Bahagian kedua (keselesaan terhadap persekitaran kantin)
      Keselesaan terhadap persekitaran kantin pada masa ini lebih selesa berbanding tahun lepas. Ini dapat ditunjukkan oleh analisis data yang dikaji iaitu seramai 18 orang yang bersetuju manakala hanya 2 orang tidak bersetuju. Hal ini kerana, pihak kantin pada masa ini menyediakan banyak tong sampah untuk pelajar membuang sampah. Selain itu, menyediakan besen untuk meletakkan pinggan dan mangkuk serta mengecat kawasan kantin.
  3.3 Bahagian ketiga (pengkajian semula terhadap harga makanan)
      Harga makanan yang terlalu mahal, seharusnya dikaji semula. Ia di persetujui oleh semua pelanggan seramai 20 orang. Hal ini kerana, harga makanan yang di jualkan itu tidak bersesuaian dengan katogeri golongan yang ada. Oleh itu, pihak kantin harus memahami kemampuan sesetengah pelanggan dan tidak memikirkan keuntungan semata-mata.
3.4 Bahagian keempat (citarasa terhadap menu makanan yang dijual)
      Menu yang disediakan oleh pihak kantin tidak memenuhi citarasa pelanggan. Ini ditunjukkan oleh analisis yang dikaji iaitu seramai 5 orang berpuas hati terhadap menu yang disediakan manakala selebihnya iaitu seramai 15 orang tidak berpuas hati. Hal ini disebabkan oleh masakan yang dijual tidak begitu enak.
      3.5 Bahagian kelima (menambahbaik dari segi harga dan masakan)
Pemilik kantin perlu manambahbaik semula dari segi harga dan makanan. Ini telah terbukti mengikut kajian yang telah dilaksanakan iaitu seramai 19 orang bersetuju untuk mengkaji semula dalam menambahbaikkan harga dan masakan. Mengikut majoriti yang setuju ini , disebabkan harga yang diletakkan terlalu mahal, malah kuantiti yang di bekalkan itu terlalu sedikit berbanding pada tahun lepas harga makanan yang di jual itu murah dan berpatutan dengan kuantiti yang dibekalkan itu juga banyak dan memberi kepuasan kepada pembeli.
3.6 Bahagian keenam (kebersihan kantin)
Tahap kebersihan diri pekerja kantin dan tahap kebersihan persekitaran kantin terjamin. Buktinya adalah melalui analisis yang ada iaitu terdapat 13 orang setuju dengan tahap kebersihan yang terjamin manakala selebihnya iaitu 7 orang tidak bersetuju. Hal ini di sebabkan, pekerja menjaga kebersihan melalui pakain mereka semasa sesi penjualan. Pekerja kantin juga memakai apron malah pinggan, mangkuk dan cawan juga bersih berbanding dengan tahun lepas iaitu pekerja tidak memakai apron, malah pinggan mangkuk dan cawan juga kotor.
  3.7 Bahagian ketujuh (pengalaman keracunan makanan)
Berdasarkan kajian, tiada kejadian keracunan makanan yang dilaporkan. Kesemua responden tidak pernah mengalami keracunan makanan di kantin pada tahun ini berbanding tahun lepas. Hal ini di sebabkan, makanan yang dijual oleh pihak kantin adalah berkualiti tanpa penggunaan makanan yang lama atau basi dan kesihatan pelajar, guru dan kakitangan sekolah juga terjamin.
3.8 Bahagian kelapan (kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan)
       Keseluruhannya, pihak kantin memberi kepuasan yang sangat baik kepada pelanggan iaitu pelajar, guru dan kakitangan sekolah. Ini di tunjukkan oleh analisis data yang dikaji iaitu seramai 16 orang berpuas hati dengan perkhidmatan kantin manakala selebihnya tidak berpuas hati iaitu seramai 4 orang. Majoriti yang berasa puah hati, disebabkan oleh layanan yang diberikan olek pihak kantin adalah mesra berbanding dengan tahun lepas. Oleh itu, pihak kantin harus mengamalkan nilai-nilai murni yang baik untuk menjaga hubungan baik antara penjual dan pembeli.
       3.9 Penggunaan kajian
Kajian ini telah dijalankan oleh pengkaji iaitu Muhamad Hafiz Bin Abu Bakar, Muhamad Arif Bin Said, Nooramirah Binti Zulkehli, Nor azizah Binti Mohd Ismail dan Noor Nabila Binti Wazir yang mengambil data dan analisismenggunakan kaedah statistik  iaitu bagi mengukur peratus. Data diproses dengan menggunakan kaedah analisis asas matematik, graf bar, serta jadual bagi data keseluruhan golongan yang mengatakan YA dan TIDAK serta data keseluruhan soalan yang dijawab oleh responden YA dan TIDAK.
      4.0 SUBJEK KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk memberi kepuasan kepada pelanggan. Kajian ini menjadi gambaran daripada pelanggan kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK) bagi menunjukkan keadaan dan suasana persekitaran kantin pada waktu rehat. Berdasarkan perkara itu, kajian untuk mengenalpasti masalah kantin ini telah dilakukan bagi menambahbaikkan prestasi kantin sekolah ini.
    
       4.1 Kenaikan harga makanan
Isu kenaikan harga makanan kantin baru di sekolah menjadi perbualan hangat masyarakat terutamanya bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai untuk disekolahkan. Harga makanan di kantin sekolah dinaikkan. Contohnya, sepinggan nasi goring iaitu RM1.50 berbanding dengan kantin  sebelumnya hanya RM1.20 iaitu meningkat sebanyak 30 sen. Selain itu, kenaikan harga makanan ini juga menambahkan beban kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah. Oleh yang demikian, kenaikan harga makanan di kantin sekolah amat tidak wajar dan perlu dirombak semula agar tidak menyusahkan pelanggan.
      
       
      4.2  Tahap kebersihan yang tinggi
Kebersihan di kawasan kantin sekolah pada tahun ini amat berpuas hati. Hal ini jelas kelihatan apabila kawasan menjual air di kantin amat bersih. Selain itu, tahap kebersihan para pekerja sangat tinggi. Hal ini terbukti dengan pakaian yang dipakai oleh para pekerja sangat baik. Kebersihan kantin yang terjamin telah memuaskan hati semua responden.
    
       4.3   Aspek layanan
Aspek layanan yang diberikan kepada pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah ketika hendak membeli makanan dan minuman di kantin adalah amat baik. Pekerja kantin  memberi layanan yang terbaik kepada pelanggan terutamanya memberi senyuman yang sangat ikhlas kepada pelajar. Walau bagaimanapun, hanya segelintir pelanggan yang tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan.

5.0 PROSEDUR
       5.1 Perbincangan
Melalui kaedah ini, kami mambuat perbincangan di antara kumpulan kami iaitu seramai 5 orang. Kami mendapati segelintir pelanggan tidak berpuas hati terhadap harga yang ditawarkan. Perkhidmatan yang diberikan amat memuaskan hati semua pelanggan tetapi kuantiti makanan yang disediakan menimbulkan rasa tidak puas hati pelanggan. Selain itu, kebersihan kantin amat baik dan seterusnya pelanggan berpuas hati terhadap persekitaran. Dengan kaedah ini, proses perbincangan berjalan dengan lancar dan banyak membantu kami dalam mendapat maklum balas daripada responden.

5.2 Pemerhatian
       Melalui proses pemerhatian pula, kami telah menggunakan kamera untuk mengambil gambar sebagai bukti bagi menunjukkan suasana dan persekitaran kantin. Disebabkan itu, kaedah ini telah digunakan bagi mendapatkan reaksi daripada pelanggan kantin di sekolah ini. Selain itu, kaedah ini juga lebih berkesan untuk menilai perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak kantin. Melalui pemerhatian juga, kami dapat melihat tahap kebersihan kantin tersebut.

5.3  Borang soalselidik
        Kami telah mengedarkan borang soalselidik kepada pelajar tingkatan empat, lima dan enam, serta guru dan kakitangan sekolah ini. Tujuannya adalah untuk melihat dan memudahkan kami untuk mengkaji data yang diberikan sama ada positif atau sebaliknya. Dengan kaedah ini juga kami secara tidak langsung dapat meneliti perkembangan kantin di sekolah ini dari semasa ke semasa.
BAB 1V
 PENGANALISISAN DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN

1.0  Penganalisisan Data
   Bab 4 ini mengandungi dapatan-dapatan data mengenai keselesaan kantin kepada guru, pelajar, serta kakitangan sekolah ini. Kaedah yang digunakan dalam memperolehi keputusan data ini adalah hasil daripada penggunaan borang soal selidik yang telah diberikan pada setiap responden .
2.0  Latar Belakang
      Kaedah penyelidikan dengan penggunaan  soal selidik ini, kami telah melibatkan tiga golongan yang terdiri daripada guru, pelajar serta kakitangan sekolah. Mengikut statistik yang telah dilakukan , kami mendapati bahawa sebanyak 40% responden yang terdiri daripada pelajar, manakala 30% daripada guru dan selebihnya iaitu sebanyak 30% daripada kakitangan sekolah.
3.0 Analisis Statistik
      Analisis statistik dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap keselesaan responden terhadap kantin dari pelbagai aspek. Sebagai contoh, dari aspek menu pemakanan, harga, kebersihan dan lain-lain. Analisis statistik yang ditunjukan adalah seperti yang berikut:-


DATA KESELURUHAN BERDASARKAN GOLONGAN
GOLONGAN
YA
TIDAK
JUMLAH
GURU
29
19
48
PELAJAR
36
28
64
PEKERJA
34
14
48
JUMLAH BESAR=160


DATA KESELURUHAN BERDASARKAN SOALAN
NOMBOR SOALAN
YA
TIDAK
JUMLAH
SOALAN 1
5
15
20
SOALAN 2
18
2
20
SOALAN 3
20
0
20
SOALAN 4
5
15
20
SOALAN 5
19
1
20
SOALAN 6
13
7
20
SOALAN 7
20
0
20
SOALAN 8
16
4
20
JUMLAH BESAR = 160



KEPUTUSAN GRAF BERDASARKAN GOLONGAN


KEPUTUSAN GRAF BERDASARKAN SOALAN

BAB V
PERBINCANGAN DAN CADANGAN

1.0  Kesimpulan
Berdasarkan kajian yang kami jalankan iaitu tentang kepuasan pelanggan terhadap kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting, didapati bahawa semuanya berjalan dengan baik. Malah,kesemua soalan yang dikemukakan itu lebih ramai responden memberikan jawapan yang positif berbanding negatif. Berdasarkan analisis, kepuasan pelanggan terhadap menu dan harga yang ditawarkan tidak memberi kepuasan kepada pelanggan. Walau bagaimanapun, perkhidmatan dan kebersihan kantin memberi kepuasan kepada pelanggan di sekolah ini. Oleh itu, kita dapat merumuskan  bahawa kepuasan pelanggan terhadap kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting adalah seimbang.

2.0  Implikasi
Daripada kajian yang kami jalankan, harga yang ditawarkan memberi kesan kepada pelanggan. Hal ini kerana lebih ramai responden yang tidak berpuas hati terhadap harga yang ditawarkan. Selain harga, menu makanan yang disediakan juga tidak menberi kepuasan kepada pelanggan. Hal ini memberi kesan kepada pelanggan kerana mereka terdiri daripada pelbagai jenis bangsa. Seterusnya, ia akan menimbulkan ketidakpuasan kepada pelanggan. Perkhidmatan yang diberikan juga akan member kesan kepada pelanggan. Contohnya, layanan yang baik oleh pekerja kantin akan memberi kepuasan dalam diri pelanggan. Selain itu, kebersihan kantin akan memberi kesan terhadap pelanggan di mana persekitaran kantin akan mempengaruhi kesihatan pelanggan. Sebagai contoh, persekitaran kantin yang bersih tidak akan menjejaskan kesihatan manusia.

3.0  Cadangan
Berdasarkan kajian yang telah kami jalankan, kami telah menyediakan beberapa cadangan untuk menyelesaikan kekangan yang berlaku di kantin sekolah ini. Antara cadangan tersebut ialah:-
3.1  Menurunkan harga makanan
Pihak kantin seharusnya menurunkan harga makanan di kantin tersebut bagi memuaskan hati pelanggan. Hal ini kerana tidak semua responden mampu membeli makanan yang mahal. Contohnya, bagi pelajar yang mempunyai ibu bapa yang hanya berpendapatan rendah. Oleh itu, pengusaha kantin perlu mengkaji semula harga yang ditawarkan kepada pelanggan. Hal ini bertujuan untuk pelanggan dapat membeli makanan dengan harga yang berpatutan.
3.2  Mempelbagaikan menu
Pengusaha kantin perlu mempelbagaikan menu kerana di sekolah ini mempunyai pelanggan yang pelbagai jenis bangsa. Antaranya ialah kaum Melayu, Cina dan India. Sudah semestinya mereka mempunyai selera yang berlainan. Oleh itu, pengusaha kantin perlu menyediakan pelbagai jenis menu. Contohnya , nasi lemak untuk pelanggan kaum Melayu, capati untuk pelanggan kaum India  dan nasi ayam untuk pelanggan kaum Cina.
3.3  Mengekalkan mutu perkhidmatan dan kebersihan kantin
Berdasarkan kajian, layanan yang diberikan oleh pekerja kantin memberi kepuasan kepada pelanggan. Disebabkan itu, pihak kantin harus mengekalkan layanan yang diberikan kepada pelanggan. Hal ini bertujuan, bagi mengelakkan lebih ramai pelanggan yang tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang diberikan. Selain itu, pengusaha kantin perlu terus mengekalkan tahap kebersihan kantin. Hal ini kerana kebersihan kantin akan menjamin kesihatan pelannggan. Oleh itu, pengusaha kantin perlu menitikberatkan tahap kebersihan agar dapat menjamin persekitaran yang bersih.


BIBLOGRAFI

  1. http://www.scribd.com/doc/51643912/Kandungan-Kajian-Tingkatan-6
  2. http://documentsearch.org/pdf/maksud-kantin-sekolah.html
  3. http://www.scribd.com/doc/27316474/Contoh-Kertas-Kerja-Kolokium
  4. pdfscout.org/pdf/definisi-kantin-sekolah.htmlCached
  5. http://www.scribd.com/doc/20618915/Format-Penulisan-Penyelidikan-Tingkatan-Enam
  6. http://www.searchinpdf.com/pdf/contoh-penyelidikan-tingkatan-6-.html
  7. http://www.metodologi kantin.com.my


BORANG SOAL SELIDIK

Tandakan ( / ) pada kotak yang disediakan.


Status :   Guru                  
               Pelajar
     Pekerja


Bangsa:   Melayu
                 Cina
                 India


Jantina :     Lelaki  
       Perempuan


Tingkatan :   4                     
                      5
                      6




FAKTOR KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KANTIN SMK KAMUNTING


1.    Pada pendapat anda, adakah harga makanan di kantin sekarang lebih berpatutan
   daripada tahun sebelum?

YA          
TIDAK         

2.      Adakah anda berasa selesa terhadap persekitaran kantin Sekarang berbanding tahun
  sebelum?

YA        
TIDAK                


3.      Anda setuju harga makanan di kantin perlu di kaji semula?
YA        
TIDAK          



4.      Adakah menu di kantin memenuhi citarasa anda?
YA        
TIDAK          


5.      Anda setuju jika pemilik kantin perlu menambah baikkan dari segi harga atau
masakan?
YA        
TIDAK          


6.      Adakah kebersihan kantin sekarang terjamin?
YA        
TIDAK      


7.      Pernahkah anda mengalami keracunan makanan?

YA        
TIDAK          


8.      Adakah anda berpuas hati terhadap perkhidmatan pekerja kantin yang diberikan
kepada anda?
YA        
TIDAK